- Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama
seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya masuk keneraka.
- Kedua:- Suaminya
- Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing
keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.
Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
- Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan
dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki
yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka
yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli
kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan
batu-batu.."
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,
abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.. Kasihanilah mereka dan juga diri
kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan
dengan penuh ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua
terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang
muslim adalah sangat berharga.
ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA..
semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah
janji ALLAH S.W.T.
Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang
memasukinya tanpa hisab.AAMIIN..... YA RABBALALAAMIIN
0 komentar:
Posting Komentar